Vibe Coding dengan WordPress
Belajar Bina Website dengan AI Assistant
Tak perlu upah developer mahal-mahal. Belajar guna AI Assistant untuk bina website bisnes sendiri — proses development laju, jimat, dan korang boleh update sendiri bila-bila masa.
Sales Masuk,
Payment Masuk Terus
Customer buat order, payment masuk terus — automatik, 24 jam. Inilah sales yang masuk setiap hari dengan website sendiri.
Pernah rasa macam ni?
Ramai orang tahu website penting untuk bisnes, tapi terbantut sebab cabaran-cabaran ni.
Kena reply WhatsApp satu-satu — pelanggan order, tanya harga, hantar payment semua dekat WhatsApp. Satu-satu kena layan, terlepas sikit = hilang sales. Bila bisnes makin besar, makin tak larat nak handle.
Tak ada sistem rekod payment — payment masuk sini, masuk sana, semua bercampur. Hujung bulan susah nak tahu sebenarnya untung atau rugi, dan mana customer yang dah bayar atau belum.
Upah developer memang mahal — satu website je sebut harga RM3k–RM10k. Bayar mahal, lepas tu nak tambah feature atau update pun kena bayar lagi. Kos tak habis-habis.
Bergantung pada orang lain — setiap kali nak update atau baiki website, kena tunggu developer atau agency. Bisnes korang jadi lambat sebab semua benda bergantung kat orang lain.
Track customer guna nota & Excel — senarai pelanggan, order, stok semua dekat buku atau Excel. Senang hilang, susah nak cari, dan tak nampak gambaran besar bisnes korang.
Nak sistem sendiri tapi tak tahu mula dari mana — dah tahu bisnes perlukan website dan sistem, tapi tak tahu nak mula. Tutorial online pun banyak dalam English, susah nak ikut sampai habis.
Belajar Bina Website
dengan Skill Vibe Coding
Vibe Coding = cara baru bina website guna AI. Korang yang arahkan AI, AI yang tulis code untuk korang. Tak perlu pandai coding dulu — cukup faham apa bisnes korang perlukan.
WordPress — Asas Website Korang
WordPress kuasai lebih 43% website di dunia. Tak perlu bina dari kosong — asas macam page, gambar, pengguna, sampai sistem payment semua dah sedia. Korang tinggal sesuaikan dengan bisnes sendiri.
AI Assistant — Pembantu Coding Korang
Macam dapat seorang developer yang sentiasa on call. Korang cakap apa yang korang nak, AI tulis code. Tak perlu tunggu developer, tak perlu bayar mahal — cukup dengan langganan AI yang murah.
Hasil: Development Cepat & Jimat
WordPress + AI = proses development yang pantas dan jimat. Website bisnes korang siap dalam masa singkat, kos rendah, dan korang boleh update sendiri bila-bila masa tanpa bayar sesiapa.
Kenapa Kena Guna
CMS WordPress?
Mudah Digunakan
Tak perlu jadi expert IT. WordPress dengan dashboard yang user-friendly — tambah page, post, gambar, semua boleh buat sendiri tanpa coding.
Security Terjaga
WordPress sentiasa update dari segi security. Ada ribuan plugin security, firewall, dan komuniti besar yang monitor vulnerability. Tak perlu risau website korang mudah kena hack.
Schema DB Lengkap Sedia Ada
WordPress dah sediakan schema database yang lengkap — table users, posts, comments, options, taxonomy, semuanya dah siap. Tak perlu design DB dari zero. Just activate and terus jalan.
Tak Perlu Bina dari Zero
Nak buat website? Tak payah tulis HTML, CSS, JS, PHP dari kosong. WordPress dah ada foundation — korang just customize ikut keperluan. Jimat masa berbulan-bulan.
Jimat Masa & Kos
Daripada bina website dari zero guna framework lain, WordPress boleh deliver dalam masa beberapa hari je. Kos hosting pun murah. Sesuai untuk bisnes kecil dan besar.
Developer Senang Dijumpai
WordPress diguna 43% daripada seluruh website di internet. Ratusan ribu developer worldwide. Nak cari developer untuk maintain, upgrade, atau fix website — senang gila.
Banyak Sistem Integrate
Payment gateway, email marketing, CRM, social media, analytics — semua platform besar ada integration sedia ada dengan WordPress. Nak sambung dengan tools lain, tinggal install plugin je.
16 Total Modul
untuk masa sekarang
Dan tiap masa kami update — tambah modul baru secara berkala. Mula sekarang, lagi banyak content makin bertambah.
tiap masa kami UPDATE
Semua 16 modul
terus di depan mata
Dari asas Vibe Coding sampai bina plugin, REST API & admin UI — semua tersusun step-by-step. Setiap modul ada quiz untuk pastikan korang betul-betul faham sebelum teruskan.
Pengenalan Vibe Coding
Apa itu Vibe Coding, kenapa makin famous, dan workflow seorang vibe coder.
Setup Workspace Vibe Coding
Sediakan tools & environment untuk mula coding dengan selesa.
Prompt Engineering untuk Vibe Coding
Tulis prompt AI yang tepat supaya hasil code lebih berkualiti.
Vibe Coding Dalam WordPress
Guna AI untuk bina website WordPress yang fully custom.
Membina Plugin WordPress Dengan AI
Tulis plugin WordPress sendiri — CPT, shortcode, AJAX — dengan AI.
Menghasilkan Feature Menggunakan AI
Tambah feature canggih pada website tanpa tulis code manual.
Debugging Bersama AI
Cari & baiki bug dengan pantas menggunakan bantuan AI.
Setup VPS
Sediakan server VPS sendiri untuk hosting website professional.
Generate Income Dengan Vibe Coding
Tukar skill jadi pendapatan — jual servis & produk digital.
Security dalam Vibe Coding
Lindungi website & plugin korang dari ancaman & serangan.
Performance Optimization
Optimumkan kelajuan & prestasi website supaya loading laju.
Code Review Menggunakan AI
Semak kualiti code & improve supaya clean dan maintainable.
Publish & Deploy Plugin
Terbitkan & deploy plugin korang ke production dengan yakin.
WordPress REST API
Bina API & headless WordPress untuk app yang lebih power.
Plugin Maintenance
Jaga plugin korang kekal update, stabil & serasi WordPress.
WordPress Admin UI
Reka UI admin WordPress yang kemas, power & user-friendly.
Mula Modul 1 secara PERCUMA — takde risiko langsung.
Belajar santai,
bila-bila masa
Bukan sekadar baca artikel. Sistem pembelajaran interaktif dengan modul, quiz, exam, certificate — semua dalam satu dashboard.
Dalam WordPress, content korang boleh jadi dalam dua bentuk: Post dan Page. Nampak sama je, tapi fungsi diorang berbeza. Post untuk content dinamik macam blog, Page untuk content statik macam About Us. Senang cerita — Post ada tarikh, Page takde.
Apa perbezaan utama antara Post dan Page dalam WordPress?
Ulang kaji dekat phone,
praktikal dekat PC
Tak semestinya duduk depan PC je baru boleh belajar. Dekat phone boleh ulang kaji modul & ambil quiz. Dekat PC barulah praktikal coding sebenar.
Dalam WordPress, Post ada tarikh dan masuk RSS...
Belajar dekat Phone
Baca modul, ulang kaji nota, tengok progress — semua boleh buat dekat phone. Sesuai masa lapang, kat mana-mana pun.
Praktikal dekat PC
Bila sampai rumah, terus buka PC dan praktikal — install WordPress, tulis code, tengok hasil. Practice make perfect!
Test betul-betul,
bukan sekadar baca
Setiap lesson ada quiz. Lepas jawab terus nampak markah dan pembetulan — tau betul-betul faham ke tak. Seronok, bukan menakutkan!
Tamat course,
dapat certificate
Bukan nak bergaya pasal kerja — ni sekadar bukti yang korang betul-betul sampai ke garisan penamat. Rasa puas tu, tu yang paling berharga.
Ini memperakui bahawa
telah berjaya menamatkan course Vibe Coding WordPress dan layak menerima certificate ini sebagai tanda penyertaan penuh.
📥 Certificate boleh dimuat turun & dikongsi bila-bila masa.
Bina macam-macam
sistem yang korang nak
WordPress ni versatile. Hujung course ni, korang akan mampu bina semua ni guna coding sendiri.
Company Profile
Website profesional untuk syarikat, dengan CMS yang client boleh update sendiri.
E-Commerce
Kedai online dengan sistem sendiri — produk, payment, shipping, semua lengkap.
SaaS / Membership
Sistem langganan, kursus online, portal membership — recurring income guna WordPress.
Portal Berita
Sistem content besar-besaran dengan multiple authors, kategori, dan review workflow.
Property Listing
Sistem senarai hartanah dengan filter, search, dan integrasi map.
Custom Web App
Apa je yang korang imaginasi — booking system, CRM, invoice — semua boleh guna WordPress + custom coding.
Dah tiba masa
korang jadi boss
Business Owner
Nak bangun website sendiri tanpa bergantung pada orang lain. Jimat kos ribuan ringgit setahun. Kawal penuh branding dan content bisnes korang. Setiap ringgit yang korang labur dalam course ni akan kembali berpuluh kali ganda.
Freelancer
Nak tambah servis baru untuk client sedia ada. Daripada upah orang buat website, buat sendiri dan untung lebih. Jadikan WordPress development sebagai salah satu sumber income paling stabil.
Agency Owner
Nak faham coding supaya boleh supervise team dengan lebih baik. Jimat riban gaji staff yang tak diperlukan. Boleh deliver projek sendiri tanpa tunggu developer lain. Scale bisnes agency korang lebih pantas.
"I've been trying to learn WordPress for almost a year watching YouTube tutorials but always get stuck halfway. This course is different — the explanation in BM makes it so much easier to understand. Now I can build my own website without paying anyone."
"Course ni sungguh berbaloi. Aku try belajar coding WordPress dekat platform lain dulu, tapi susah nak catch-up sebab semua inggeris. Dengan course ni, aku faham dalam masa 2 minggu apa yang aku cuba faham 2 bulan dekat tempat lain. Sekarang dah boleh buat website sendiri."
"Paling best sistem quiz dia. Setiap lesson ada quiz, jadi aku tau sama ada aku betul-betul faham ke sekadar baca je. Dah try buat company profile untuk client pertama aku bulan lepas, client suka. Terima kasih course ni!"
"Awal-awal dulu aku ingat WordPress ni susah sangat. Tapi lepas follow course ni step-by-step, terus boleh buat website sendiri. Modul 3 tu legend — buat custom post type sendiri. Gila power!"
"Saya bisnes owner kecik-kecik. Dulu selalu upah orang buat website, sekali kena charge RM1,500-RM2,000. Lepas habis course ni, saya buat sendiri website kedai online saya. Jimat riban ringgit. Confirm berbaloi!"
"I used to be a programmer in a different language and wanted to switch to WordPress. This course gave me exactly what I needed — straight to the point, no fluff. The REST API module is insane, now I build headless WordPress sites for my clients."
"Biasa la aku ni jenis cepat boring kalau belajar. Tapi course ni lain — cara ajar santai, macam kawan ajar kawan. Aku dah siap 3 website client sejak habis course. Income dah tambah, alhamdulillah."
"Dulu saya cikgu, zero coding langsung. Lepas habis course ni, saya dah buka agency kecik sendiri bina website untuk sekolah-sekolah. Course ni betul-betul ubah hidup saya. Pelaburan terbaik tahun ni."
Cuba Modul 1
secara percuma
Jom register dan belajar sekarang — Modul 1 tersedia untuk korang mula.
Ada soalan?
Mungkin ni jawapannya
Course ni direka khas untuk orang yang tak pernah coding langsung. Kami start dari asas paling basic — macam mana nak install WordPress, apa tu local server, sampai la korang boleh buat coding sendiri. Janji korang istiqamah, insyaAllah jadi.
100% Bahasa Melayu Malaysia — santai, casual, macam kawan ajar kawan. Tapi code tetap guna English (sebab coding language mmg English). Istilah teknikal akan diterangkan dalam BM. Senang faham.
Kalau konsisten 2-3 jam sehari, korang boleh siap dalam 3-4 bulan. Akses course ni adalah selama 2 tahun — dalam tempoh tu kami akan update lebih banyak modul baru secara berkala. Jadi makin lama makin banyak content.
Ada. Lepas habis semua modul dan siapkan projek akhir, korang akan dapat certificate sebagai tanda tamat course.
Korang boleh guna support chat terus dalam dashboard course. Tanya apa-apa je yang korang tak faham — kami jawab secepat mungkin.
Daftar dan Belajar modul pertama adalah PERCUMA. JOM Akses sekarang. Untuk harga, boleh check dibawah sekali.
Yes ada support, boleh open ticket untuk pertanyaan.
Tidak, kami tak ajar ilmu berkaitan mobile app. Kami hanya ajar ilmu membina Web App melalui plugin Wordpress.
Korang boleh bina macam macam Web App, eLearning, website membership, eCommerce macam shopee, lazada, platform affiliate, custom admin management, custom sistem akaun korang sendiri dan macam macam.
Beli sekarang,
belajar kemudian
Tak perlu rush atau paksa diri habiskan dalam seminggu. Beli sekali, akses sampai 2 tahun — belajar ikut pacing korang sendiri, bila-bila masa.
Modul 1 PERCUMA
Try dulu tanpa bayar. Puas hati dengan cara ajar kami, baru unlock semua modul.
Akses 2 Tahun
Beli sekarang, mula belajar bulan depan pun boleh. Takde tekanan atau tarikh luput yang mendesak.
Update Modul Percuma
Setiap modul baru yang kami tambah — terus dapat percuma, tanpa bayar extra.
Beli Sekali Sahaja
Tiada langganan bulanan, tiada hidden cost. Bayar sekali, kekal akses untuk masa lama.