❓ SOALAN LAZIM

F.A.Q

Last Updated 4 July 2026

Macam mana saya nak daftar & access?

Boleh register dan buat pembelian melalui page membership plan atau melalui mana mana content yang anda ingin belajar. Baca dan scroll sampai habis. Isikan maklumat pada form yang sediakan. Proses registration akan diproses secara automatic.

Anda memang tidak perlu berhubung dengan sesiapa. Sekirannya ada masalah, hubungi kami di Chat Support. (Sekiranya tiada, email kami)

Selepas pembelian berjaya dibuat, anda boleh lihat MyAccess di bahagian Menu. Pembelian anda akan disenaraikan disitu. Sebarang masalah boleh bertanya terus melalui chat. (Account Page)

Pembayaran menggunakan apa?

Pembayaran boleh dibuat menggunakan FPX (Untuk semua bank), debit card, credit card, Google Pay & Apple Pay. Method pembayaran & rate harga mungkin berubah mengikut negara. Kami support pembayaran local currency bagi anda yang berada di Singapore, Indonesia & Thailand.

Nota: Pembayaran secara manual dan QR Code tidak tersedia.

Tentang Modul dan Lesson

1 ePanduan lengkap dengan banyak modul dan lesson untuk korang belajar dari mula sampai habis. Takkan boring, sebab ini bukan karangan panjang.

Untuk siapa ePanduan ni dibuat?

Untuk korang yang nak belajar, untuk kerja, untuk idea, untuk hobi. Nak tahu macam mana dan bagaimana disini lah tempatnya. Korang yang tak celik IT pun boleh belajar segala MODUL dan PANDUAN yang ada dalam dalam portal ni.

Apa yang saya dapat dari ePanduan?

ePanduan adalah content yang perlu di access secara online melalui portal Belajar Digital Official, selain tu kami juga menyediakan Quiz, Command, Assessment, Tools & banyak lagi feature yang lain. Kami juga sentiasa update dari masa kesemasa.

Boleh batalkan Membership?

Bila bila masa sahaja anda boleh batalkan membership dalam ni. Kami prefer untuk anda tidak batalkan.

Apa jadi kalau tak batalkan Membership?

Tak terjadi apa apa. Membership bukan subscription yang perlu bayar pada setiap bulan atau tahun. Semua pembayaran adalah ONE TIME PAYMENT. Diuruskan sepenuhnya oleh Stripe Malaysia SDN BHD.

Berapa lama saya boleh access membership?

By default semua membership akan tamat selepas 2 tahun. Sekiranya membership anda tidak sampai kepada 2 tahun, itu bermaksud anda dah subscribe ePanduan kami dengan harga promosi, iaitu dengan harga yang sangat rendah dari harga asal. Majoriti user yang belajar ePanduan takkan sampai kepada setahun. Kami menetapkan kepada 2 tahun kerana user akan dapat access kepada 2 edition yang berbeza. Contoh White Hat Hacker Edition 2025 & Blue Hat Hacker Edition 2026.

Sistem tak update dan saya masih tak boleh access, apa nak buat?

Sekiranya sistem tak update dan anda masih tak boleh access, boleh chat kami di bahagian support atau email.

Support mungkin akan mengambil masa beberapa minit sehingga beberapa jam untuk reply bergantung pada hari dan waktu bekerja. Semua isu dapat diselesaikan. Kesabaran anda amatlah dihargai. Sistem tidak update biasanya terjadi disebabkan beberapa faktor, antaranya membuat pembelian ketika sistem sedang diselenggara, masalah network yang terlalu slow dan ketika Cloudflare sedang aktifkan UNDER ATTACK Mode.

Kenapa saya tak boleh login?

Bila nak login, anda masukkan email dan password tapi tak boleh nak login sebab sistem masih meminta masukkan password tanpa ada apa apa error.

Ini bermaksud IP ADDRESS anda telah di block oleh pihak Cloudflare. Biasanya ini berlaku bila anda menggunakan VPN untuk surf website ini.

Jangan pakai VPN untuk sementara. Jangan masukkan email dan password yang salah secara berulang kali. Kami block bot dari kebanyakan negara luar dan kami block brute force.

Saya tak ingat email dan password

Chat melalui Website. Sediakan resit yang dihantar terus ke email. (Boleh search dalam inbox email). Search [email protected] atau Belajar Digital Official.

Sekiranya tiada, sediakan transaksi bank yang menunjukkan pembayaran telah dibuat kepada Belajar Digital Official.

Nota Penting: Kami tidak menyimpan password user. Sekiranya user terlupa password, resit password di login page, sekiranya masih tak berjaya, kami akan reset dan berikan password yang baru.

Boleh tak saya nak jadi Affiliate untuk Belajar Digital Official?

Buat masa sekarang kami tidak menyediakan program Affiliate kepada user. Join Telegram kami untuk dapatkan maklumat terkini.

Boleh tak saya dapatkan no whatsapp Belajar Digital Official?

Buat masa sekarang kami tidak sediakan no whatsapp sebagai support untuk anda. Kami sediakan chat, email & Telegram Channel dalam portal supaya mudahkan anda berhubung dengan kami. Platform ini di jadikan untuk anda layan diri sambil menjaga privacy yang perlu. Kami tidak meminta no whatsapp, no telefon untuk dihubungi, nama penuh, no bank, alamat rumah & sebagainya. Hanya email tanpa nama & kekal anonymous bersama kami. Kami tidak tahu siapa anda, dimana anda tinggal, siapa nama anda & sebagainya. Kami hanya tahu apa yang anda sendiri kongsikan pada kami.

Perlu chat? Hubungi kami di Channel Telegram. Direct mesej bersama Team Belajar Digital Official.

Data Collection Policy

Portal Belajar Digital 100% adalah selamat & bukan scam. Kami tidak pernah mewajibkan kepada anda untuk mengisikan maklumat sensitive.

Kami hanya meminta user untuk register dengan menggunakan email sebenar dan password yang user boleh reka sendiri khasnya untuk access masuk ke dalam portal ini.

Email hanya digunakan untuk kami menghantar notification penting seperti pengesahan membership, invoice dan resit selepas pembelian. Jadi sangat penting untuk masukkan email yang valid.

Portal ini sangat mementingkan PRIVACY, sekiranya anda tidak menggunakan nama sebenar dan email sendiri, tidak menjadi masalah kepada pihak kami.

Perkongsian nama sebenar anda adalah hak privacy anda.

Tiada data yang akan di share kepada pihak ketiga kecuali kepada Google Analytics & Facebook Pixel yang digunakan untuk tujuan MARKETING. (Facebook & Google akan detect user berdasarkan email dan IP Address yang digunakan dan akan paparkan iklan dari Belajar Digital Official)

Anda boleh update di profile untuk mengubah nama public. Kerana nama public itu akan menjadi public dan boleh dilihat oleh semua member.

💬

Still have questions?

If you can't find what you're looking for, feel free to reach out. Kami sedia membantu.

Hubungi Kami