Info Security Portal – BelajarDigital.pro

🛡️ Info Security

Di portal BelajarDigital.pro, keselamatan user adalah keutamaan kami. Kami komited untuk melindungi data dan privasi user serta memastikan pengalaman pembelajaran yang selamat dari sebarang ancaman siber. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang kami terapkan:

1

Encryption data

Semua data sensitif yang dihantar dan diterima melalui BelajarDigital.pro dienkripsi menggunakan teknologi encryption terkini. Ini untuk memastikan data user sentiasa selamat daripada akses yang tidak sah.

Ilustrasi enkripsi data
2

Kawalan akses

Kami memastikan hanya individu yang berkuasa sahaja yang mempunyai akses kepada maklumat peribadi user. Kami juga menggunakan pengesahan dua faktor (2FA) untuk memastikan hanya user yang sah boleh mengakses akaun mereka.

Buat masa sekarang bukan semua user menggunakan 2FA. Keseluruhan proses akses ini direkod dalam sistem activity log, termasuk aktiviti seperti login, log out, pembayaran, pendaftaran, dan banyak lagi.

3

Monitor dan pencegahan

Sistem kami sentiasa monitor untuk sebarang aktiviti mencurigakan. Kami menggunakan system security untuk mengesan corak aktiviti yang tidak normal.

Sebarang percubaan akses atau ancaman siber kepada portal ini akan dikesan dan diblock serta-merta untuk melindungi data user. Kami juga menggunakan sistem firewall (Cloudflare) untuk memastikan portal ini berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

4

Privacy Policy

Kami patuh sepenuhnya kepada undang-undang perlindungan data dan privasi setempat dan antarabangsa. Polisi privasi kami menerangkan dengan teliti bagaimana data user dikumpulkan, digunakan, dan dilindungi. Kami hanya menyimpan data yang diperlukan dan meminimalkan penggunaan data untuk tujuan yang sah.

5

Penggunaan VPN

Kami tidak sarankan kepada user untuk menggunakan VPN ketika mengakses portal ini. Penggunaan VPN boleh menyebabkan alamat IP akan diblok oleh sistem security kami kerana ip address yang digunakan VPN sangat berpotensi untuk membawa ancaman siber kepada portal kami. Jika alamat IP anda diblok, sila hubungi kami melalui email untuk mendapatkan bantuan.

Notis Penting
6

Penggunaan password

Kami mengingatkan user untuk menggunakan password yang direka khas untuk portal ini. Password yang complex adalah kunci kepada keselamatan akaun user. Kami mencadangkan penggunaan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor, dan simbol untuk mencipta password yang sukar diteka oleh pihak luar.

7

Larangan berkongsi akaun

Kami tidak membenarkan user untuk berkongsi akaun dengan orang lain. Berkongsi akaun boleh menyebabkan risiko keselamatan dan penyalahgunaan maklumat peribadi. Plus ini akan membuatkan risiko akaun anda diblok. Maklumat akaun adalah milik user dan harus dijaga dengan baik. Jangan sekali-kali berkongsi password atau maklumat akaun anda dengan orang lain.

Ilustrasi keselamatan akaun
8

Urusan transaksi

Maklumat kad kredit atau urusan transaksi adalah di bawah pengurusan pihak Stripe Malaysia Sdn Bhd yang beroperasi sebagai payment gateway dan berada di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Stripe akan memastikan setiap transaksi diproses dengan langkah-langkah keselamatan yang sangat ketat dan mematuhi piawaian privasi yang tinggi.

Data transaksi user dienkripsi dan hanya disimpan selama mana diperlukan untuk memproses transaksi. Stripe menggunakan teknologi enkripsi yang canggih untuk melindungi data kewangan user dari sebarang risiko pecah masuk atau pencurian.

Ilustrasi keselamatan transaksi
9

Support melalui email

Team support kami sentiasa bersedia untuk membantu dengan sebarang masalah keselamatan atau privasi melalui email. Jika user mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan, sila hubungi kami segera.

Kami akan memberikan bantuan yang pantas dan berkesan serta memastikan keselamatan data user terjamin.

Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Kami menggalakkan user untuk sentiasa mengemas kini password dan tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang tidak dikenali.

Keselamatan Anda Prioriti Kami

Hubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keselamatan data anda

Email Support