Kisah Aku sebagai Developer

Maaf kalau aku terlebih sembang kari dalam ni

Semuanya bermula pada zaman Blogger tengah naik dulu. Aku ni jenis orang yang suka edit template — template Blogger masa tu limited so aku banyak copy paste CSS dari blog orang, try test tukar warna, layout. Masa tu aku baru kenal apa itu CSS.

Masa tu aku rasa macam designer sebenar sebab Blogger aku siap ada rama rama terbang secara live dalam blog aku 🤓🎨

Zaman berganti zaman, zaman Blogger ni macam dah ketinggalan sebab banyak sangat limit dia, so aku pun mula explore dunia WordPress. Kat sini lagi banyak benda aku belajar — dari pakai page builder macam Elementor, WPBakery, Divi, sampailah ke block editor. Wix pun aku bedal jugak. Kat situ aku boleh customize maca macam benda sampai website aku jadi super advanced

Tapi bila aku dah bubuh design sana sini, website aku jadi something wrong. Dia jadi lembab dan bermasalah. 😅

Dan paling leceh, banyak benda yang aku tak boleh nak buat ikut suka. Semuanya kena ikut plugin yang developer dah buat. Ada je limitation sini sana. Nak buat style rare sikit, dia suruh upgrade, suruh tambah plugin lain. Memang tak berapa suka. Aku ni jenis orang yang suka kepada full control dalam kerja tapi terbatas sebab aku bukan developer. 😤

Aku start belajar macam mana nak design website cantik cantik tapi laju dan tak berat. So masa ni aku baru belajar apa itu cache dan optimize code. 😤

Baru aku tahu, design cantik cantik boleh buatkan website lembab sebab ada banyak sangat code yang dia kena load sana sini. Code yang dia load tu pulak kadang code yang tak guna pun dalam page dan kadang tak penting langsung.

Baru letak 5-10 section dah rasa berat gila. Kenapa berat? Sebab aku tak cache. 😓

Sampai satu tahap, aku pun mula la belajar ilmu coding yang sebenar — HTML, CSS, JS. Masa ni baru rasa “ohh… ni la sebab kenapa semua lembab je sebelum ni”.

Bila dah tau coding ni, aku rasa wow, sebab aku bebas nak create layout ikut kepala sendiri. Unlimited tanpa perlu bergantung pada plugin Developer yang lain. Paling best, website yang aku buat ni akan load code yang aku perlukan je🔥👨‍💻

Lepas dah belajar pasal code tu baru la aku try try untuk buat plugin sendiri untuk WordPress. — Masa buat tu, memang perghhh cabaran dia memang lain macam.

Salah sikit je, terus error satu sistem. Nak detect bug pun kadang sampai sehari semalam tak jumpa. Masa aku pulak banyak habis depan skrin — dari pagi sampai malam, tapi still stuck situ juga. Hari hari aku migrain, mata tengok screen je. Memang tak boleh jadi la kalau macam ni, aku dah la ada banyak kerja. 🤯🧩

Dan akhirnya… aku pun give up lah kejap dalam nak buat plugin WordPress ni. Aku rasa aku gagal sebab tak dapat hasil kan apa apa. Huhu. Burn out teruk gila sebab coding ni kadang-kadang makan emosi. So aku decide nak switch kejap — nak jadi content creator.

Aku pun plan nak tulis info berguna pasal dunia Cyber Security, hacking, digital, dan security untuk share apa yang aku tahu dan bantu masyarakat dalam bab ni

Masa tu lahir la portal yang dinamakan Hackers Malaysia — Tapi sebelum lahirnya Hackers Malaysia ni, aku dah buat lebih dari 50 website 50 domain dengan bermacam macam sistem yang berbeza, asyik gagal je sana sini, nak apply Google Adsense pun bukan main susah masa tu. Antara portal yang aku hasilkan adalah portal berkaitan keagamaan, global, designer dan macam macam lagi.

Tapi bila aku buat portal Hackers Malaysia ni, aku tak sangka langsung, ada ramai visitor yang visit portal ni dan semuanya datang dari Google.

Masa tu baru aku tahu… ramai rupanya orang search pasal hacker, security dan topik-topik pelik kat Google.

So kerja aku masa tu adalah fokus 100% pada SEO. Macam mana nak bagi artikel aku ranking kat level atas, target keyword, dan tulis content yang Google suka. 📊🧠

Kemudian muncul la satu teknologi yang paling ditakuti oleh ramai Developer — tapi ada jugak yang suka. Iaitu teknologi AI.

Yes, AI memang banyak membantu — dari tolong bagi idea, tolong debug, sampai tolong assist untuk buat coding.

Tapi bila Google mula perkenalkan AI Overview dalam search Google, semua publisher termasuk aku memang terkesan teruk.

Ranking drop, trafik hilang, income jatuh merudum. Masa ni memang masuk news, semua publisher rasa tak selamat.

User dah tak klik link website sebab AI Overview dah siap siap bagi jawapan. Benda ni semua publisher boleh nampak kot sebab income dari Google start jatuh 😔📉

Dan dari kebimbangan dunia yang tak pernah habis tu la, lahirlah satu platform baru — Belajar Digital Official.

Sebab masa buat portal Hackers Malaysia tu, ramai sangat yang DM nak belajar jadi Hacker. Aku fikir punya fikir, baru aku buat platform ni.

Platform ni aku bina khas untuk bantu orang faham dunia digital dengan cara paling simple dan relevan ikut zaman.

Aku tak buat kat portal Hacker sebab aku tak share berkaitan hacking je. Nak share macam macam benda sebab tu aku buat platform ni, plus platform ni masih dikategorikan sebagai projek baru.

Belajar Digital Official ni masih menggunakan “core” WordPress dengan plugin yang sangat sangat minimal. Selebihnya apa sahaja yang korang tengok dalam website ni, aku guna CUSTOM CODE. Aku hanya load code yang diperlukan saja. Baru web jadi laju… 🚀💡

Tambah pulak zaman sekarang ni… programmer dibantu dengan AI. 🤖✨

Banyak benda yang dulu susah nak fikir, sekarang AI dah boleh tolong aku untuk suggest dan debug code yang problem.

Tapi still… bab programming ni aku kena faham banyak benda sebab AI ni tak berapa perfect dan memerlukan model yang lebih advanced, kadang kadang bug pun dia tak boleh nak cari. Memang menyirap siapa yang ada dalam bidang programming ni. 🧠💻

Last sekali… aku cuma harap korang boleh faham apa yang ditulis dalam Belajar Digital Official ni.

Aku memang memang plan untuk share semua yang berkaitan IT dan Digital sebanyak mungkin dalam platform ni dan aku sentiasa belajar dan improve.

Aku harap developer yang power-power memang tak masuk sini, nanti kena kecam pulak. 😅

Aku buat platform ni memang dikhaskan untuk newbie je, tapi aku perasan yang beli ePanduan ni banyak yang power power dalam bidang IT. Software Engineer, Web Developer, Programmer. Padahal nak bagi warning, panduan ni bukan untuk user yang advanced.

Aku boleh tahu sebab website ni ada link dengan platform Gravatar, gravatar ni lebih kurang macam LinkedIn, kadang kadang user akan letak biodata dekat situ. So ada sebahagian user memang dah ada biodata dekat situ dan aku boleh access baca sebab platform tu public.

Akhir sekali, aku cuma sembang kari jer dalam ni. ❤️💻