Kalau korang aktif guna TikTok dan taknak tiba-tiba “hilang” dari platform, korang kena tahu sebab sebenar kenapa akaun boleh disuspend. Tahun 2025 ni, TikTok makin ketat dengan sistem automation dia, tapi malangnya sistem ni pun kadang agak bullshit. Jom tengok antara sebab utama yang boleh buat akaun korang “gone” tanpa amaran.
Langgar garis panduan komuniti (Community Guidelines)
Ini sebab paling common. Bila korang post video yang melanggar rules TikTok, sistem akan terus flag. Contohnya:
- Kandungan yang promote keganasan, buli, hate speech atau diskriminasi.
- Kandungan yang terlalu seksual atau suggestive.
- Challenge yang bahaya atau boleh mencederakan diri sendiri.
Benda ni memang automatik TikTok detect. Kadang video korang baru je viral, terus kena remove sebab AI sistem anggap offensive walaupun bukan pun niat asal.
Kandungan hak cipta atau trademark
Kalau korang guna muzik tanpa lesen, repost video orang lain, atau guna nama brand/identiti orang lain tanpa izin, akaun korang boleh kena suspend. TikTok ambil serius isu copyright ni sebab banyak kes viral yang melibatkan content curi. Kalau nak selamat, guna lagu dalam TikTok Sound Library atau buat content original korang sendiri.
Aktiviti mencurigakan atau automation (bots, spamming)
Ni antara sebab yang ramai rasa “bullshit”. Kadang korang tak buat apa-apa pun tapi tetap kena. TikTok akan detect aktiviti pelik macam:
- Guna bots untuk naikkan followers, likes, dan views.
- Follow dan unfollow terlalu banyak akaun dalam masa singkat.
- Login dari banyak lokasi atau IP address berbeza.
Masalahnya, automation TikTok ni kadang salah flag akaun yang aktif secara normal pun. Jadi korang boleh tiba-tiba kena suspend walaupun cuma rajin upload video.
Bertindak sebagai akaun palsu atau tiru orang lain
Kalau akaun korang nampak macam meniru identiti orang lain — contoh guna nama, gambar, atau gaya akaun popular — TikTok boleh terus gantung akaun. Walaupun korang buat parody atau akaun fan, sistem automation TikTok tetap boleh salah tafsir. Kalau nak buat parody, pastikan bio korang jelas tulis “fan page” atau “parody account”.
Masalah pembayaran (untuk akaun iklan)
Untuk korang yang guna TikTok Ads, masalah bayaran pun boleh jadi punca suspend. Contohnya kad kredit ditolak, transaksi gagal, atau ada charge-back dari bank. TikTok anggap semua tu sebagai risiko penipuan, jadi sistem akan terus bekukan akaun sampai korang verify semula pembayaran.
Umur akaun tak layak atau bawah umur
TikTok ada syarat umur minimum ikut negara. Kalau sistem rasa korang bawah umur (contohnya isi tarikh lahir salah masa daftar), akaun boleh terus digantung. Kadang kesilapan ni nampak kecil tapi effect dia besar sebab TikTok nak comply dengan undang-undang data pengguna bawah 18 tahun.
Sistem automation TikTok yang “overreact”
Inilah sebab paling bullshit. Kadang korang tak buat apa-apa salah pun, tapi akaun tetap kena suspend. Ini berlaku bila sistem automation TikTok terlalu sensitif dan flag akaun berdasarkan corak aktiviti. Contohnya akaun baru yang tiba-tiba naik engagement tinggi, atau banyak akaun lain di device sama kena ban — sistem terus lump-sum suspend semua. Kadang appeal pun susah nak lepas sebab manusia pun jarang review manual.
Tips supaya akaun korang kekal selamat
Kalau nak main TikTok lama, korang kena main smart. Antara tips penting:
- Upload content original dan elak guna video orang lain.
- Jangan guna bots atau automation tool luar.
- Elak follow/unfollow ramai dalam masa singkat.
- Pastikan info akaun (umur, email, nombor) betul dan konsisten.
- Kalau akaun bisnes, urus bayaran dengan kad aktif dan sah.
- Simpan bukti kalau akaun kena ban — senang bila nak buat appeal nanti.
